Kepada ahli-ahli PIBG yang dihormati sekelian,
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Blog PIBG1Malaysia yang diwujudkan ini adalah bertujuan
sebagai forum bagi membolehkan ahli-ahli PIBG bertukar-tukar fikiran,
mengeratkan silatulrahim, menjalin jaringan dan kolaborasi sesama PIBG.
Ianya juga menjadi medan penyebar maklumat terkini berkaitan perkembangan dan kegiatan PIBG-PIBG anda dan PIBG1Malaysia.
Untuk makluman semua, PIBG1Malaysia telah ditubuhkan pada 17 November
2012 hasil permuafakatan 45 orang Jurulatih Utama Negeri dari tujuh buah
negeri yang bermesyuarat d Heritage Hotel di bawah Kelolaan Kementerian
Pelajaran Malaysia daripada 15 Nov. hingga 17Nov. 2012.
Untuk
mengendali PIBG1Malaysia, sebuah Jawatankuasa Penaja telah dutubuhkan.
Jawatankuasa ini merintis jalan bagi menjalin jaringan seluruh 10,019
PIBG di peringkat daerah, negeri dan Kebangsaan. Usaha ini diharapkan
akan mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak kerajaan, khususnya
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bagi mempergiatkan aktiviti
PIBG1Malaysia, sebuah badan yang menyatupadukan dan membela PIBG-PIBG di
Malaysia ini, pohon anda memberi pandangan, komen di
forum ini serta menyokong PIBG1Malaysia untuk kebaikan kita bersama demi
kecemerlangan pelajar.
Berita terkini akan menyusul selepas ini.
Selamat berkongsi pengalaman dalam usaha menjayakan PIBG1M dan PPPM.
Salam sejahtera,
Dato' Seri Abd. Rahman Hj Ali
Pengerusi, JK Penaja PIBG1M,
Jurulatih Utama Kebangsaan,
YDP PIBG SMK Seafield.